Wednesday, September 22, 2010

Persembahan Silat dan Gendang di Mini Malaysia 1989



Persembahan Silat Siswirama 1989


Persembahan bunga silat oleh Anya Zainon


Persembahan silat bersenjata rotan waktu malam di Gunung Ledang antara Rahmat bin ABu Bakar dan Abu Kassim bin Ali sempena Malam Persembahan Perkhemahan Kadet Bomba SMK Seri Kota 1990






Pasukan Kompang Siswirama


Silat Siswirama juga mempunyai pasukan kompang yang dianggotai oleh ahli silat Siswirama diketuai oleh guru silat Zainon bin Baba. Gambar menunjukkan Pasukan Kompang bergambar dalam sebuah majalah bahasa Inggeris.

Festival Silat Seni Kebangsaan 1990 di Stadium Indera Mulia Perak


Pasukan Melaka mendapat Johan untuk Festival Seni Silat Kebangsaan 1990 di Stadium Indera Mulia Perak. Pasukan Siswirama menghantar peserta yang berjaya merangkul juara dalam Pertandingan Silat Melaka Bandaraya Bersejarah 1990 iaitu Johan Kategori Silat Seni Bersenjata Rahmat bin Abu Bakar ( tengah 1 dari kanan ) dan Abu Kassim bin Ali (depan 3 dari kanan), Johan kategori Silat Bunga Bersenjata Jefri bin Zainon (5 dari kanan ) dan Johan kategori Gendang Silat dari pasukan Gendang Siswirama Man Pak Aji ( 2 dari kanan ) dan Piyan ( 4 dari kanan).



Gelanggang di Telekom Melaka 1989






Gambar Terbaru Guru Siswirama


Gambar terbaru Guru Siswirama En. Zainon bin Baba. Gambar ini di ambil semasa kunjungan Hari Raya 2010 Blogger ke rumah beliau.


Monday, April 26, 2010

RUJUKAN BERKENAAN SILAT SISWIRAMA

Rujukan

  • Majalah Pendekar, Februari 1995, ms 17-19

Wednesday, February 24, 2010

audiotest Surah Assajdah

Dengar Surah As- Sajdah

Antara Rekod Terbaik Silat SISWIRAMA

Pernah menjadi Juara Kebangsaan sewaktu mewakili Melaka bersama SIKUME (Silat Kunci Melayu) di Festival Silat Kebangsaan tahun 1990 di Stadium Indera Mulia Perak Darul Redzuan.
Siswirama telah menghantar wakil iaitu peserta Silat Bersenjata Rotan iaitu Rahmat dan Abu Kassim, yang menjadi juara kategori bersenjata peringkat negeri Melaka tahun 1990. Selain itu peserta gendang silat dan pemain seni silat tari senjata tekpi oleh Jefri anak kepada tuan guru Zainun bin Baba. Pertandingan ini adalah di bawah anjuran PESAKA.

Saturday, February 6, 2010

JURULATIH UTAMA SISWIRAMA


Rahmat bin Abu Bakar merupakan jurulatih utama Silat SISWIRAMA yang kini membuka gelanggang di Peringgit, Melaka. Beliau juga adalah merupakan jurulatih SUKMA Melaka kategori Silat Seni.

Gelanggang SISWIRAMA di sekolah


Ahli-ahli Kelab Silat SIswirama SK Seri Bandi 2 sedang memulakan persembahan seni silat bunga dan pukulan tangan kosong diiringi pasukan gendang Sisiwirama di sebuah majlis perkahwinan.

SK Seri Bandi 2, Kemaman, Terengganu merupakan sekolah yang mempunyai kelab silat SISWIRAMA dibawah pimpinan cikgu Abu Kassim bin Ali yang merupakan jurulatih serta pengurus pasukan silat SISWIRAMA SKSB 2. Kelab ini mempunyai keahlian seramai 25 orang. Kelab silat ini tidak mengutip sebarang yuran dan semua pelajar belajar silat secara percuma. Murid-murid di sekolah ini telah 3 tahun berturut-turut menyertai Pertandingan Silat Seni anjuran Kementerian Pelajaran peringkat daerah Kemaman. Tahap tertinggi pernah dicapai ialah Naib Johan Negeri Terengganu 2009 bagi kategori tempur puteri dan Jurulatih Silat Siswirama Cikgu Abu Kassim bin Ali dipilih sebagai Wasit Juri Terbaik 2009. Sebarang maklumat dari Sk Seri Bandi 2 terdapat di blog ini http://skseribandi2.blogspot.com/.

SELAMAT DATANG KE BLOG SILAT SISWIRAMA

Seni Silat Wira Melayu Melaka atau SISWIRAMA ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Melaka. Perguruan ini diasaskan oleh Allahyarham Baba bin Zainuddin di Durian Daun, Melaka. Seterusnya, perguruan ini telah dipimpin oleh anak beliau iaitu Zainun bin Baba. Pelajaran silat ini menekankan kaedah 'Lian'. Sukatan pelajaran mengandungi latihan kuda-kuda, kaedah buang dan pukul, latihan 'bertinju', dan latihan kuncian. Pesilat juga akan mempelajari langkah pecahan empat, pelebat dan sisip. Senjata tradisional yang diajar termasuk keris, rotan, tekpi, parang dan cindai.