Wednesday, February 24, 2010

audiotest Surah Assajdah

Dengar Surah As- Sajdah

Antara Rekod Terbaik Silat SISWIRAMA

Pernah menjadi Juara Kebangsaan sewaktu mewakili Melaka bersama SIKUME (Silat Kunci Melayu) di Festival Silat Kebangsaan tahun 1990 di Stadium Indera Mulia Perak Darul Redzuan.
Siswirama telah menghantar wakil iaitu peserta Silat Bersenjata Rotan iaitu Rahmat dan Abu Kassim, yang menjadi juara kategori bersenjata peringkat negeri Melaka tahun 1990. Selain itu peserta gendang silat dan pemain seni silat tari senjata tekpi oleh Jefri anak kepada tuan guru Zainun bin Baba. Pertandingan ini adalah di bawah anjuran PESAKA.

Saturday, February 6, 2010

JURULATIH UTAMA SISWIRAMA


Rahmat bin Abu Bakar merupakan jurulatih utama Silat SISWIRAMA yang kini membuka gelanggang di Peringgit, Melaka. Beliau juga adalah merupakan jurulatih SUKMA Melaka kategori Silat Seni.

Gelanggang SISWIRAMA di sekolah


Ahli-ahli Kelab Silat SIswirama SK Seri Bandi 2 sedang memulakan persembahan seni silat bunga dan pukulan tangan kosong diiringi pasukan gendang Sisiwirama di sebuah majlis perkahwinan.

SK Seri Bandi 2, Kemaman, Terengganu merupakan sekolah yang mempunyai kelab silat SISWIRAMA dibawah pimpinan cikgu Abu Kassim bin Ali yang merupakan jurulatih serta pengurus pasukan silat SISWIRAMA SKSB 2. Kelab ini mempunyai keahlian seramai 25 orang. Kelab silat ini tidak mengutip sebarang yuran dan semua pelajar belajar silat secara percuma. Murid-murid di sekolah ini telah 3 tahun berturut-turut menyertai Pertandingan Silat Seni anjuran Kementerian Pelajaran peringkat daerah Kemaman. Tahap tertinggi pernah dicapai ialah Naib Johan Negeri Terengganu 2009 bagi kategori tempur puteri dan Jurulatih Silat Siswirama Cikgu Abu Kassim bin Ali dipilih sebagai Wasit Juri Terbaik 2009. Sebarang maklumat dari Sk Seri Bandi 2 terdapat di blog ini http://skseribandi2.blogspot.com/.

SELAMAT DATANG KE BLOG SILAT SISWIRAMA

Seni Silat Wira Melayu Melaka atau SISWIRAMA ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Melaka. Perguruan ini diasaskan oleh Allahyarham Baba bin Zainuddin di Durian Daun, Melaka. Seterusnya, perguruan ini telah dipimpin oleh anak beliau iaitu Zainun bin Baba. Pelajaran silat ini menekankan kaedah 'Lian'. Sukatan pelajaran mengandungi latihan kuda-kuda, kaedah buang dan pukul, latihan 'bertinju', dan latihan kuncian. Pesilat juga akan mempelajari langkah pecahan empat, pelebat dan sisip. Senjata tradisional yang diajar termasuk keris, rotan, tekpi, parang dan cindai.